Get awesome blog templates like this one from BlogSkins.com

Profile

Name : Leen
Location : Puchong
Horoscope : Pisces
Place of Birth : Melaka
D.O.B : 29 Rabiul Awal 1399 Hijrah
D.O.B : Tuesday 27 February 1979
Email : sygawk@gmail.com
Myspace : Myspace@Alyn
YM : noorazlinna

Ym

Tagboard

   

Calendar

<< December 2009 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03 04 05
06 07 08 09 10 11 12
13 14 15 16 17 18 19
20 21 22 23 24 25 26
27 28 29 30 31

Buat Renungan

Setitik dakwat mampu membuat sejuta manusia berfikir tentangnya.

Seseorang manusia harus cukup rendah hati untuk mengakui kesilapannya, cukup bijak untuk mengambil manfaat daripada kegagalannya dan cukup berani untuk membetulkan kesilapannya.


Jadilah seperti mentari yang menyorok di malam hari tetapi membantu bulan menyinari bumi. Jadilah seperti rerumput laut, walaupun tenggelam, tetapi masih terpijak di bumi nyata. Jadilah seperti kunang-kunang yang menerangi malam walaupun cahaya yang kecil. Bukan seperti kelkatu yang sepanjang hidupnya bergantung kepada cahaya

Hidup biarlah berbakti, walaupun tidak dipuji.

Adalah mudah menukarkan status seorang sahabat menjadi kekasih daripada (bekas) kekasih menjadi sahabat.

Tidak penting bagimu mengetahui harganya, tetapi penting mengetahui nilainya.

Sekalipun tidak pernah menjadi kaya-raya, kita masih beruntung tidak juga papa kedana.

Kekayaan bukanlah satu dosa dan kecantikan bukanlah satu kesalahan. Oleh itu jika anda memiliki kedua-duanya janganlah anda lupa pada Yang Maha Berkuasa.

Kalaulah anda tidak mampu untuk menggembirakan orang lain, janganlah pula anda menambah dukanya.

Mengapa manusia gemar mencetuskan pertelingkahan sedangkan manusia itu sendiri dilahirkan dari sebuah kemesraan.

Kita sentiasa muda untuk melakukan dosa tetapi tidak pernah tua untuk bertaubat.

Nafsu mengatakan perempuan itu cantik atas dasar rupanya. Akal mengatakan perempuan itu cantik atas dasar ilmu dan kepintarannya. Dan hati mengatakan perempuan itu cantik atas dasar akhlaknya.

Jika kamu berhasrat untuk berjaya, jangan hanya memandang ke tangga tetapi belajarlah untuk menaiki tangga tersebut.

Sesiapa yang tidak pernah merasai kepahitan tidak akan mengenal kemanisan.

Ingatlah, sabar itu iman, duit bukan kawan, dunia hanya pinjaman dan mati tak berteman.

Adalah tidak mustahil orang yang paling kita benci sekarang adalah kawan karib kita suatu waktu dahulu.

Dalam kepala kaum wanita ada kekurangan, tetapi dalam hati mereka ada kelebihan.

Kebijaksanaan menjanjikan kejayaan dan kebahagiaan tetapi jika disalahgunakan akan mewujudkan penderitaan.

Adab dan akhlak adalah ibarat pokok dan kemasyhuran adalah seperti bayang-bayang. Tetapi malangnya, kebiasaan orang lebih melihat bayang-bayang daripada pokoknya.

Berfikir itu cahaya, kelalaian itu kegelapan, kejahilan itu kesesatan dan manusia yang paling hina ialah orang yang menganiaya orang bawahannya.

Manusia biasanya lebih menghargai sesuatu yang sukar diperoleh tetapi sering melupakan nikmat yang telah tersedia.

Anda akan mempunyai ramai kenalan jika anda meminati mereka dan bukannya cuba membuat mereka meminati anda.

Kesempatan yang kecil seringkali merupakan permulaan daripada usaha yang besar.

Jika kita melakukan sesuatu dengan keikhlasan, nescaya ganjaran yang kita terima juga setanding dengan apa yang kita usahakan.

Kasihkan manusia lepaskan dia kepada pilihan dan keputusannya kerana di situ tanda kita gembira melihat insan yang kita sayangi beroleh bahagia.

Hidup memerlukan pengorbananan. Pengorbanan memerlukan perjuangan. Perjuangan memerlukan ketabahan.Ketabahan memerlukan keyakinan. Keyakinan pula menentukan kejayaan. Kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan.

Kegembiraan ibarat semburan pewangi, pabila kita memakainya semua akan dapat merasa keharumannya. Oleh itu berikanlah walau secebis kegembiraan yang anda miliki itu kepada teman anda.

Harta yang paling menguntungkan ialah SABAR. Teman yang paling akrab adalah AMAL. Pengawal peribadi yang paling waspada DIAM. Bahasa yang paling manis SENYUM. Dan ibadah yang paling indah tentunya KHUSYUK.

Keutamaan akal ialah hikmah kebijaksanaan, dan keutamaan hati ialah keberanian.

Kehidupan ini dipenuhi dengan seribu macam kemanisan tetapi untuk mencapainya perlu seribu macam pengorbanan.

Ikhlaslah menjadi diri sendiri agar hidup penuh dengan ketenangan dan keamanan.

Terdapat banyak kemungkinan untuk gagal kerana kejayaan hanya boleh dicapai dengan satu perkara iaitu USAHA.

Ketika ditimpa bencana, kita akan mengenali yang mana satu lawan & yang mana satu kawan.

Rumah tanpa buku umpama bilik tanpa tingkap.

Tiada hadiah yang lebih berharga daripada nasihat yang baik.

Anda tidak akan berjaya menjadi penulis sekiranya anda tidak menjadi pembaca terlebih dahulu.

Rahsia hati seseorang ialah sedalam sebuah lautan yang luas.

Kebodohan ialah kesilapan bagi seseorang yang mempunyai peluang untuk menjadi pandai.

Nyanyian ibu untuk menidurkan anaknya ketika kecil adalah suara yang paling merdu di dunia.

Orang miskin memakan makanan yang lebih enak daripada orang kaya kerana makanan mereka adalah berkat kepada kemiskinan mereka.

Anda tidak akan berasa penat sekiranya melakukan perkara yang anda suka.

Jika anda berhasrat untuk berjaya, jangan hanya memandang ke tangga tetapi belajarlah untuk menaiki tangga tersebut.

Kesabaran akan lebih menguntungkan daripada kekuatan yang dimiliki.

Sesiapa yang tidak pernah merasai kepahitan tidak akan mengenal kemanisan.

Jangan tinggalkan hingga esok apa yang boleh disiapkan hari ini.

Anda tidak boleh mengubah masa lepas anda. Tetapi anda boleh memusnahkan diri anda kini sekiranya terlalu memikirkan masa depan anda.

Tiada hiburan yang lebih murah daripada membaca.

Jangan sangka diri kita adalah yang terbaik kerana kita belum kecapi kejayaan yang orang lain capai.

Tidak semestinya orang yang berjaya terus berjaya dan orang yang gagal terus gagal.

Peperangan hanya boleh menjanjikan kemenangan selepas kemusnahan dan kematian.

Harta menjamin dunia. Iman menjaminkan akhirat.

Kawan yang sebenar ialah seorang yang dapat menerima diri anda yang sebenar.

Semangat yang kuat mampu mengatasi apa sahaja cabaran yang datang.

Bukti terbaik cinta ialah kepercayaan.

Hidup biarlah berakti, walau tidak dipuji.

**Tentang waktu**
Ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah sumber kekuatan. Ambillah waktu untuk bermain, itu adalah rahsia dari masa muda yang abadi. Ambillah waktu untuk berdoa, itu adalah sumber ketenangan. Ambillah waktu untuk belajar, itu adalah sumber kebijaksanaan. Ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai, itu adalah hak istimewa yang diberikan Tuhan. Ambillah waktu untuk bersahabat, itu adalah jalan menuju kebahagiaan. Ambillah waktu untuk tertawa, itu adalah musik yang menggetarkan hati. Ambillah waktu untuk memberi, itu adalah membuat hidup terasa bererti. Ambillah waktu untuk bekerja, itu adalah nilai keberhasilan. Ambillah waktu untuk beramal, itu adalah kunci menuju syurga.


**Hadiah terbaik**
Kepada kawan - Kesetiaan.
Kepada musuh - Kemaafan.
Kepada ketua - Khidmat.
Kepada yang muda - Contoh terbaik.
Kepada yang tua - Hargai budi mereka dan kesetiaan.
Kepada pasangan - Cinta dan ketaatan.
Kepada manusia - Kebebasan.

Kebahagiaan tersedia bagi mereka yang menangis, mereka yang disakiti hatinya, mereka yang mencari dan mereka yang mencuba kerana hanya mereka inilah yang menghargai pentingnya orang-orang yang pernah hadir dalam hidup mereka.

Kesempatan yang kecil seringkali merupakan permulaan kepada usaha yang besar.

Memory

Contact me

Contact Me

If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



RSS Atom

rss feed

BLOGDRIVE
TEMPLATES


I wish..
Jun 23, 2009


Photobucket


leenz at 10:52 pm
Make a comment

99 LANGKAH MENUJU KESEMPURNAAN IMAN
Apr 23, 2009


01.   Bersyukur apabila mendapat nikmat;

02.   Sabar apabila mendapat kesulitan;

03.   Tawakal apabila mempunyai rencana/ rancangan;

04.   Ikhlas dalam segala amal perbuatan;

05.   Jangan membiarkan hati larut dalam kesedihan;

06.   Jangan menyesal atas sesuatu kegagalan;

07.   Jangan putus asa dalam menghadapi kesulitan;

08.   Jangan usil dengan kekayaan orang;

09.   Jangan hasad dan iri atas kejayaan orang;

10.   Jangan sombong kalau memperoleh kejayaan;

11.   Jangan tamak kepada harta;

12.   Jangan terlalu mengkehendaki akan sesuatu kedudukan;

13.   Jangan hancur karena kezaliman;

14.   Jangan goyah karena fitnah;

15.   Jangan berkeinginan terlalu tinggi yang melebihi kemampuan diri.

16.   Jangan campuri harta dengan harta yang haram;

17.   Jangan sakiti ayah dan ibu;

18.   Jangan usir orang yang meminta-minta;

19.   Jangan sakiti anak yatim;

20.   Jauhkan diri dari dosa-dosa yang besar;

21.   Jangan membiasakan diri melakukan dosa-dosa kecil;

22.   Banyak berkunjung ke rumah Allah (masjid);

23.   Lakukan solat dengan ikhlas dan khusyu;

24.   Lakukan solat fardhu di awal waktu, berjamaah di masjid;

25.   Biasakan shalat malam;

26.   Perbanyak dzikir dan do'a kepada Allah;

27.   Lakukan puasa wajib dan puasa sunat;

28.   Sayangi dan santuni fakir miskin;

29.   Jangan ada rasa takut kecuali hanya kepada Allah;

30.   Jangan marah berlebih-lebihan;

31.   Cintailah seseorang dengan tidak berlebih-lebihan;

32.   Bersatulah karena Allah dan berpisahlah karena Allah;

33.   Berlatihlah untuk banyak berfikir;


34.   Penuhi janji apabila telah diikrarkan dan mintalah maaf apabila karena sesuatu sebab tidak dapat dipenuhi;

35.   Jangan mempunyai musuh, kecuali dengan iblis/syaitan;

36.   Jangan percaya ramalan manusia;

37.   Jangan terlampau takut miskin;

38.   Hormatilah setiap orang;

39.   Jangan terlampau takut kepada manusia;

40.   Jangan sombong, takabur dan besar kepala;

41.   Berlakulah adil dalam segala urusan;

42.   Biasakan istighfar dan taubat kepada Allah;

43.   Bersihkan rumah dari patung-patung berhala;

44.   Hiasi rumah dengan bacaan Al-Quran;

45.   Perbanyakkan silaturrahim;

46.   Tutup aurat sesuai dengan petunjuk Islam;

47.   Bicaralah secukupnya;

48.   Beristeri/bersuami kalau sudah siap segala-galanya;

49.   Hargai waktu, disiplin waktu dan manfaatkan waktu;

50.   Biasakan hidup bersih, tertib dan teratur;

51.   Jauhkan diri dari penyakit-penyakit bathin;

52.   Sediakan waktu untuk santai dengan keluarga;

53.   Makanlah secukupnya, tidak kekurangan dan tidak berlebihan;

54.   Hormatilah kepada guru dan ulama;

55.   Sering-sering bershalawat kepada nabi;

56.   Cintai keluarga Nabi saw;

57.   Jangan terlalu banyak hutang;

58.   Jangan terlampau mudah berjanji;

59.   Selalu ingat akan saat kematian dan sedar bahawa kehidupan dunia adalah kehidupan sementara;

60.   Jauhkan diri dari perbuatan-perbuatan yang tidak bermanfaat seperti bercakap-cakap yang tidak berguna;

61.   Bergaul lah dengan orang-orang soleh;

62.   Sering bangun di penghujung malam, berdoa dan beristighfar;

63.   Lakukan ibadah haji dan umrah apabila sudah mampu;

64.   Maafkan orang lain yang berbuat salah kepada kita;

65.   Jangan dendam dan jangan ada keinginan membalas kejahatan dengan kejahatan lagi;

66.   Jangan membenci seseorang karena pahaman dan pendiriannya;

67.   Jangan benci kepada orang yang membenci kita;

68.   Berlatih untuk berterus terang dalam menentukan sesuatu pilihan

69.   Ringankan beban orang lain dan tolonglah mereka yang mendapatkan kesulitan.

70.   Jangan melukai hati orang lain;

71.   Jangan membiasakan berkata dusta;

72.   Berlakulah adil, walaupun kita sendiri akan mendapatkan kerugian;

73.   Jagalah amanah dengan penuh tanggung jawab;

74.   Laksanakan segala tugas dengan penuh keikhlasan dan kesungguhan;

75.   Hormati orang lain yang lebih tua dari kita

76.   Jangan membuka aib orang lain;

77.   Lihatlah orang yang lebih miskin daripada kita, lihat pula orang yang lebih berjaya dari kita;

78.   Ambilah pelajaran dari pengalaman orang-orang arif dan bijaksana;

79.   Sediakan waktu untuk merenung apa-apa yang sudah dilakukan;

80.   Jangan sedih karena miskin dan jangan sombong karena kaya;

81.   Jadilah manusia yang selalu bermanfaat untuk agama,bangsa dan negara;

82.   Kenali kekurangan diri dan kenali pula kelebihan orang lain;

83.   Jangan membuat orang lain menderita dan sengsara;

84.   Berkatalah yang baik-baik atau tidak berkata apa-apa;

85.   Hargai kejayaan dan pemberian orang;

86.   Jangan habiskan waktu untuk sekedar hiburan dan kesenangan;

87.   Akrablah dengan setiap orang, walaupun yang bersangkutan tidak menyenangkan.

88.   Sediakan waktu untuk berolahraga yang sesuai dengan norma-norma agama dan kemampuan diri kita;

89.   Jangan berbuat sesuatu yang menyebabkan jasmani atau fikiran kita menjadi terganggu;

90.   Ikutilah nasihat orang-orang yang arif dan bijaksana;

91.   Pandai-pandailah untuk melupakan kesalahan orang dan pandai-pandailah untuk melupakan jasa kita;

92.   Jangan berbuat sesuatu yang menyebabkan orang lain terganggu dan jangan berkata sesuatu yang dapat menyebabkan orang lain terhina;

93.   Jangan cepat percaya kepada berita jelek yang menyangkut teman kita sebelum dipastikan kebenarannya;

94.   Jangan menunda-nunda pelaksanaan tugas dan kewajiban;

95.   Sambutlah huluran tangan setiap orang (pastikan aurat) dengan penuh keakraban dan keramahan dan tidak berlebihan;

96.   Jangan memaksa diri untuk melakukan sesuatu yang diluar kemampuan diri;

97.   Waspadalah akan setiap ujian, cobaan, godaan dan tentangan.  Jangan lari dari kenyataan kehidupan;

98.   Yakinlah bahwa setiap kebajikan akan melahirkan kebaikan dan setiap kejahatan akan melahirkan kerosakan;

99.   Jangan berjaya di atas penderitaan orang dan jangan kaya dengan memiskinkan orang.


leenz at 06:05 pm
Make a comment

RESEPI CINTA
Apr 22, 2009


1. Kekuatan berfikir

Cinta bermula dari fikiran kita. Berfikir tentang pasangan ideal yang ingin kamu kenali akan membantu kamu mengenali dia, ketika kamu akhirnya bertemu dengan orang yang tepat.

2. Kekuatan untuk menghormati

Kamu tidak mampu mencintai seseorang atau apa saja kalau kamu tidak menghormati mereka. Orang pertama yang patut kamu hormati ialah dirimu sendiri. Untuk mulai menghormati diri sendiri, kita patut bertanya pada diri sendiri "apa yang aku hormati dalam diriku?". Untuk mendapat perasaan hormat dari orang lain, bahkan dari orang yang kamu tidak suka, kita patut bertanya pada diri sendiri."apa
yang aku hormati dalam diri mereka?".

3. Kekuatan untuk memberi

Jika kamu mahu menerima cinta, kamu harus mampu memberikannya terlebih dahulu. Makin banyak cinta kamu beri, makin banyak yang akan kamu terima. Mencintai sama ertinya dengan memberi cinta tulus pada dirimu sendiri. Belajarlah untuk melakukan berbagai macam kebaikan. Formula rahsia untuk meciptakan hubungan yang ceria,penuh cinta,dan abadi adalah dengan selalu berfikir "Apa yang dapat aku beri?"dan bukan Apa yang akan aku dapat?".

4. Kekuatan persahabatan

Untuk mencari cinta sejati,kamu mesti mencari sahabat sejati terlebih dahulu. Cinta bukan bererti mata kalian saling berpandangan, tapi lebih bererti bersama - sama melihat ke satu tujuan. Untuk mencintai seseorang seutuhnya, kamu harus mencintai keperibadiannya, bukan fizikalnya. Persahabatan adalah tanah dimana benih cinta dapat tumbuh. Jika kamu ingin membawa cinta ke suatu hubungan, kamu harus menciptakan persahabatan terlebih dahulu.

5. Kekuatan dari sentuhan

Sentuhan adalah salah satu ekspresi cinta yang paling kuat, menghancurkan dinding pemisah dan menyatukan suatu hubungan. Sentuhan membuat kita lebih dapat merasakan getaran cinta yang sebenarnya.Tetapi agama Islam melarang kita bersentuh-sentuhan tatkala bercinta, kekuatan ini difokuskan kepada suami isteri..

6. Kekuatan untuk melepaskan

"Jika kamu mencintai seseorang, bebaskanlah dia. Jika dia kembali kepadamu,maka dia adalah milikmu. Jika tidak, maka dia tidak akan pernah jadi milikmu". Bahkan dalam hubungan percintaan, seseorang perlukan ruang untuk dirinya sendiri. Jika kita mahu belajar untuk mencintai, pertama kita harus belajar untuk memaafkan dan melupakan masa lalu yang buruk serta kedukaan hati kita. Mencintai bererti melepaskan rasa takut, curiga, dan ego. "Hari ini aku melepaskan semua rasa takutku, masa lalu tidak akan dapat mempengaruhiku- hari ini adalah lembaran baru bagi hidupku".

7. Kekuatan dalam komunikasi

Ketika kita belajar untuk berkomunikasi secara terbuka dan jujur, hidup lalu berubah. Mencintai seseorang bererti berkomunikasi dengannya. Biarkan orang yang kamu cintai tahu bahawa kamu mencintai dan menghargainya. Jangan pernah takut untuk mengucapkan 3 kata magik : "Aku cinta kamu". Jangan pernah melewatkan kesempatan untuk mengucapkan itu kepadanya. Selalu tinggalkan orang yang kamu cintai dengan kata - kata mesra, kerana ia mungkin boleh jadi hari terakhir kamu melihatnya.

8. Kekuatan dari komitmen

Jika kamu ingin mendapatkan cinta yang berlimpah, kamu harus mampu menciptakan komitmen, dan komitmen tersebut akan tercermin dalam fikiran dan tindakanmu. Komitmen adalah ujian cinta yang sejati. Jika kamu ingin memiliki hubungan yang penuh cinta, kamu harus setia dengan hubunganmu itu. Ketika kamu terikat komitmen pada seseorang, berhenti mencintainya bukan merupakan pilihan. Komitmenlah yang membezakan antara hubungan yang mudah hancur, dengan hubungan yang kuat.

9. Kekuatan semangat.

Semangat, membakar cinta dan membiarkan cinta tetap hidup. Semangat yang terus berkobar, bukan hanya datang dari daya tarik fizikal, tapi datang dari komitmen yang dalam, kemahuan, dan rasa saling tertarik. Semangat dapat diciptakan kembali dengan cara membayangkan saat indah di masa lalu dengannya. Spontan dan kejutan dapat menciptakan semangat cinta. Pokok dari cinta dan kegembiraan selalu sama yang harus kita lakukan adalah mengisi hari - hari kita dengan penuh semangat..

10. Kekuatan dari rasa percaya

Rasa percaya selalu menjadi komponen penting dalam suatu hubungan.Tanpa rasa percaya, seseorang bisa menjadi curiga, cemas, dan takutdan orang lain akan merasa terperangkap dan secara emosional menjaditertekan. Kamu tidak boleh mencintai seseorang secara utuh sehinggalah kamu mempercayainya secara utuh pula. Bersikaplah seakan - akan hubunganmu dengan orang yang kamu cintai tidak akan berakhir. Salah satu cara untuk mengetahui apakah seseorang itu benar - benar untuk kamu, tanyakanlah pada dirimu sendiri "Apakah aku benar - benar mempercayainya sepenuh hati ?" jika jawapannya adalah "tidak", maka kamu harus berfikir dengan mendalam sebelum kamu membuat komitmen yang lebih jauh dengannya.


leenz at 05:25 pm
Make a comment

AKU DAN DIRIMU
Apr 20, 2009


Tiba saatnya kita saling bicara
tentang perasaan yang kian menyiksa
tentang rindu yang menggebu
tentang cinta yang tak terungkap

Sudah terlalu lama kita berdiam
tenggelam dalam gelisah yang tak teredam
memenuhi mimpi-mimpimu malam kita

Duhai cintaku, sayangku, lepaskanlah
perasaanmu, rindumu, seluruh cintamu
dan kini hanya ada aku dan dirimu
sesaat di keabadian

Jika sang waktu kita hentikan
dan segala mimpi-mimpi jadi kenyataan
meleburkan semua batas
antara kau dan aku, kita


leenz at 03:44 pm
Make a comment

AYAT-AYAT CINTA
Apr 18, 2009


"Bila keyakinan ku datang..Kasih bukan sekadar cinta..Pengorbanan cinta yang agung ku pertaruhkan..

Maafkan bila ku tak sempurna.. Cinta ini tak mungkin ku cegah..Ayat-ayat cinta bercerita.. Cinta ku pada mu.."


leenz at 06:18 pm
Make a comment

KOSONG
Apr 3, 2009


Aku tidak tahu apa yang harus aku lakukan lagi.. aku serba salah dan tertekan.. Rasanya jiwaku jadi makin kosong.. maka aku padamkan semua coretanku dalam laman ini tanpa membacanya lagi.. Ruangan in sekadar teman untuk aku meluah rasa namun bukanlah ruangan yang harus aku ratapi apa yang telah berlaku.. Aku hanya perlukan seseorang yang memahami aku namun tiada seorang pun yang mampu memahami jiwaku ini.. Siapalah aku untuk terus berharap apatah lagi bermimpi sesuatu yang tidak pasti.. Aku mendambakan kebahagiaan namun kebahagiaan itu semakin hilang dariku.. Aku rasa makin kosong dan mungkin aku tidak mahu lagi mengisi kekosongan itu.. Mungkin lebih baik aku begini.. Berhenti berharap dan bermimpi.. Segala yang berlaku pasti ada sebab dan alasannya.. Aku pasrahkan saja.. Namun aku tahu aku tidak bersalah dalam hal ini.. Aku hanya mengikut kata hatiku.. Aku tidak mungkin bahagia jika aku membelakangi insan2 yang selama ini berada di sisiku.. Aku sayangkan mereka, begitu juga dia.. biarpun dia tak pernah mengerti aku..


leenz at 03:36 pm
Make a comment

Layout by leenz